Seperti yang dimaklumkan semasa taklimat pengurus pasukan,
Peserta yang menarik diri dari pertandingan dalam mana-mana acara dia didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan (tidak hadir dalam mana-mana acara dia didaftarkan) akan dibatalkan penyertaannya untuk semua acara berikutnya sepanjang hari.
Tuesday, August 6, 2024
Peringatan kepada Pengurus Pasukan
Monday, August 5, 2024
SIJIL PENYERTAAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP 2024
Untuk perhatian semua pengurus pasukan sekolah, e-sijil penyertaan akan diberi pada tahun 2024 sekiranya pelajar berjaya menghabiskan jarak yang telah didaftarkan. Tiada sijil penyertaan fizikal akan diberikan.
Oleh demikian, pengurus pasukan setiap sekolah diminta untuk mengisi google form di bawah supaya pelajar boleh mendapat sijil masing-masing melalui emel sendiri.
Tuesday, July 30, 2024
SIARAN 2: KEJOHANAN AKUATIK MAJILIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2024
SIARAN 2: KEJOHANAN AKUATIK MAJILIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2024
*Jika acara tidak dapat dihabiskan sebelum pukul 6 petang pada hari pertandingan, maka acara akan ditundakan ke hari yang seterusnya.
Sunday, July 21, 2024
Buku Program Kejohanan Akuatik MSSPP 2024
Buku Program Kejohanan Akuatik MSSPP 2024
- Untuk memuat turun buku program, cikgu boleh pilih File > Download selepas cikgu clik pada link di atas.
- Keluasan kolum yang terhad menyebabkan nama penuh yang terlalu panjang untuk sesetengah pelajar tidak dapat ditunjukkan sepenuhnya.
- Tiada penambahan atau perubahan acara yang boleh dibuat.
- Pembatalan acara boleh dibuat semasa taklimat pengurus pasukan.
- Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada 29 Julai 2024 di Dewan Cheesman, PKSW, jam 2.00 petang.
- Cikgu-cikgu yang selaku pengurus pasukan diingatkan untuk membawa lampiran yang telah disahkan oleh pihak sekolah untuk penghantaran pada 29 Julai 2024.
Subscribe to:
Posts (Atom)
