Saturday, April 18, 2026
Saturday, April 11, 2026
Peringatan Kepada Pengurus Pasukan Acara Renang Kejohanan Akuatik MSSPP Tahun 2026
- KESELAMATAN perenang sepanjang kejohanan adalah di bawah tanggungjawab GURU SEKOLAH MASING-MASING.
- Tiada pendaftaran pada setiap awal pagi. Namun, perenang perlu melapor diri kepada Call Room(Marshall) apabila no acara dipaparkan di papan putih.
- Sijil penyertaan akan diberi dengan syarat perenang menghabiskan jarak renang yang didaftarkan untuk jarak 100m dan ke atas. Untuk jarak 50m, perenang mesti menghabiskan jarak dalam masa 1 minit 30 saat untuk mendapat sijil penyertaan.
- Kemenangan dalam sesuatu “time final” tidak bermakna kemenangan dalam acara tersebut.
- Borang pendaftaran untuk acara berganti-ganti (“Relay”) boleh didapat daripada juruhebah pada 8.00 pagi setiap hari pertandingan. Untuk acara 114, 115 dan 116, borang acara berganti-ganti mesti dihantar kepada juruhebah sebelum 10.00 pagi hari tersebut.
- Untuk acara berganti-ganti yang lain, borang acara berganti-ganti mesti dihantar kepada juruhebah sebelum jam 12.00 tengah hari.
- Pakaian renang perenang mesti mengikuti peraturan dari World Aquatics.
- Sebarang rayuan atau pertanyaan berkaitan kejohanan perlu diuruskan oleh guru pengiring atau pengurus pasukan.
- Rakaman video dan gambar tidak dapat dijadikan sebagai bukti untuk tujuan rayuan atau bantahan.
- Kawasan kolam adalah kawasan larangan (kecuali perenang acara tersebut) semasa acara renang dijalankan.
- Kolam kanak-kanak dan papan terjun adalah kawasan larangan sepanjang kejohanan.
- Jika perenang tidak mengambil bahagian dalam salah satu acara yang telah didaftarkan, maka perenang tersebut tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam semua acara yang didaftarkan pada hari yang sama.
- Kemenangan dalam satu acara tidak bermakna mendapat tempat perwakilan ke kejohanan MSSM. Perenang yang mencapai masa yang lebih baik daripada masa pencapaian tempat ketiga MSSM tahun lepas akan dipertimbangkan dahulu untuk perwakilan ke kejohanan MSSM. Pelajar negeri Pulau Pinang yang menuntut di sekolah sukan juga akan dipertimbangkan untuk perwakilan ke kejohanan MSSM.
Monday, April 6, 2026
Friday, April 3, 2026
SISTEM PENDAFTARAN SUKAN MSSPP 2026
Perhatian
Pengurus pasukan diminta untuk mengisi pautan di atas (SISPENS). Borang yang telah siap boleh dibawa dan dihantar semasa mesyuarat pengurus pasukan pada 6 April 2026.
Untuk sukan akuatik adalah di bawah kategori kecemerlangan.
BUKU PROGRAM ACARA RENANG KEJOHANAN AKUATIK MSSPP 2026
Buku Program Acara Renang Kejohanan Akuatik MSSPP 2026
- Untuk memuat turun buku program, cikgu boleh pilih File > Download selepas cikgu clik pada link di atas.
- Keluasan kolum yang terhad menyebabkan nama penuh yang terlalu panjang untuk sesetengah pelajar tidak dapat ditunjukkan sepenuhnya.
- Tiada penambahan atau perubahan acara yang boleh dibuat.
- Pembatalan acara boleh dibuat semasa taklimat pengurus pasukan.
- Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada 6 April 2026 di Dewan Cheesman, PKSW, jam 2.30 petang.
- Cikgu-cikgu yang selaku pengurus pasukan diingatkan untuk membawa lampiran yang telah disahkan oleh pihak sekolah untuk penghantaran pada 6 April 2026.
Subscribe to:
Posts (Atom)
