Peringatan Kepada Pengurus Pasukan Acara Renang Kejohanan Akuatik MSSPP Tahun 2026
- KESELAMATAN perenang sepanjang kejohanan
adalah di bawah tanggungjawab GURU SEKOLAH MASING-MASING.
- Tiada pendaftaran pada setiap awal pagi. Namun,
perenang perlu melapor diri kepada Call Room(Marshall) apabila no acara
dipaparkan di papan putih.
- Sijil penyertaan
akan diberi dengan syarat perenang menghabiskan jarak renang yang didaftarkan
untuk jarak 100m dan ke atas. Untuk jarak 50m, perenang mesti menghabiskan
jarak dalam masa 1 minit 30 saat untuk mendapat sijil penyertaan.
- Kemenangan dalam sesuatu “time final” tidak
bermakna kemenangan dalam acara tersebut.
- Borang pendaftaran untuk acara berganti-ganti
(“Relay”) boleh didapat daripada juruhebah pada 8.00 pagi setiap hari
pertandingan. Untuk acara 114, 115 dan 116, borang acara berganti-ganti mesti dihantar
kepada juruhebah sebelum 10.00 pagi hari tersebut.
- Untuk acara berganti-ganti yang lain, borang
acara berganti-ganti mesti dihantar kepada juruhebah sebelum jam 12.00 tengah
hari.
- Pakaian renang perenang mesti mengikuti peraturan
dari World Aquatics.
- Sebarang rayuan atau pertanyaan berkaitan
kejohanan perlu diuruskan oleh guru pengiring atau pengurus pasukan.
- Rakaman video dan gambar tidak dapat dijadikan
sebagai bukti untuk tujuan rayuan atau bantahan.
- Kawasan kolam adalah kawasan larangan (kecuali
perenang acara tersebut) semasa acara renang dijalankan.
- Kolam kanak-kanak dan papan terjun adalah
kawasan larangan sepanjang kejohanan.
- Jika perenang tidak mengambil bahagian
dalam salah satu acara yang telah didaftarkan, maka perenang tersebut tidak
dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam semua acara yang
didaftarkan pada hari yang sama.
- Kemenangan dalam satu acara tidak bermakna
mendapat tempat perwakilan ke kejohanan MSSM. Perenang yang mencapai masa yang
lebih baik daripada masa pencapaian tempat ketiga MSSM tahun lepas akan
dipertimbangkan dahulu untuk perwakilan ke kejohanan MSSM. Pelajar negeri Pulau
Pinang yang menuntut di sekolah sukan juga akan dipertimbangkan untuk
perwakilan ke kejohanan MSSM.
No comments:
Post a Comment