Friday, March 21, 2025

BUKU PROGRAM ACARA RENANG KEJOHANAN AKUATIK MSSPP 2025

 Buku Program Acara Renang Kejohanan Akuatik MSSPP 2025

  1. Untuk memuat turun buku program, cikgu boleh pilih File > Download selepas cikgu clik pada link di atas.
  2. Keluasan kolum yang terhad menyebabkan nama penuh yang terlalu panjang untuk sesetengah pelajar tidak dapat ditunjukkan sepenuhnya. 
  3. Tiada penambahan atau perubahan acara yang boleh dibuat.
  4. Pembatalan acara boleh dibuat semasa taklimat pengurus pasukan.
  5. Taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada 26 Mac 2025 di Dewan Cheesman, PKSW, jam 2.00 petang.
  6. Cikgu-cikgu yang selaku pengurus pasukan diingatkan untuk membawa lampiran yang telah disahkan oleh pihak sekolah untuk penghantaran pada 26 Mac 2025. 


Wednesday, February 26, 2025

Pendaftaran Kejohanan MSSPP Akuatik 2025

 Tairkh tutup pendaftaran kejohanan MSSPP Akuatik 2025 adalah 21 Mac 2025, jam 12.00 tengah hari.


Untuk acara renang, aplikasi Team Manager Lite akan digunakan. Cara memuat turun dan menggunakan aplikasi telah disediakan di sebelah kanan blogspot di bawah kategori Borang-borang Keguanaan MSSPP 2025. File yang disiap diisi perlu dihantar ke akuatikmsspp@gmail.com


Untuk acara terjun, sila muat turun borang berkenaan, isi dan hantar ke akuatikmsspp@gmail.com


Untuk acara polo air, borang akan dihantar oleh JPN ke sekolah untuk tujuan pengisian.

Tuesday, August 6, 2024

Peringatan kepada Pengurus Pasukan

 Seperti yang dimaklumkan semasa taklimat pengurus pasukan,

Peserta yang menarik diri dari pertandingan dalam mana-mana acara dia didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan (tidak hadir dalam mana-mana acara dia didaftarkan) akan dibatalkan penyertaannya untuk semua acara berikutnya sepanjang hari.

Monday, August 5, 2024

SIJIL PENYERTAAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP 2024

 Untuk perhatian semua pengurus pasukan sekolah, e-sijil penyertaan akan diberi pada tahun 2024 sekiranya pelajar berjaya menghabiskan jarak yang telah didaftarkan. Tiada sijil penyertaan fizikal akan diberikan.

Oleh demikian, pengurus pasukan setiap sekolah diminta untuk mengisi google form di bawah supaya pelajar boleh mendapat sijil masing-masing melalui emel sendiri.

Google form