Wednesday, July 5, 2023

PERHATIAN KEPADA GURU PENGIRING KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

 

Perkara-perkara penting Kejohanan Akuatik MSSPP

1.      KESELAMATAN perenang sepanjang kejohanan adalah di bawah tanggungjawab GURU SEKOLAH MASING-MASING.

2.      Tiada pendaftaran pada setiap awal pagi.

3.      Sijil penyertaan akan diberi dengan syarat perenang menghabiskan jarak renang yang didaftarkan.

4.      Kemenangan dalam sesuatu “time final” tidak bermakna kemenangan dalam acara tersebut.

5.      Kemenanagan dalam satu acara tidak bermakna mendapat tempat perwakilan ke kejohanan MSSM.

6.      Borang pendaftaran untuk acara berganti-ganti (“Relay”) mesti dihantar kepada pihak urusetia sebelum rehat tengah hari setiap hari kecuali acara campuran berganti-ganti (“Mixed relay”)

7.      Borang pendaftaran untuk acara campuran berganti-ganti (“Mixed relay”) mesti dihantar kepada pihak urusetia sebelum 8.30 pagi pada 12 Julai 2023.

8.      Pakaian renang perenang mesti mengikuti peraturan dari World Aquatics (FINA).

9.      Tiada sijil disediakan untuk guru pengiring.

10.  Sebarang rayuan  atau pertanyaan berkaitan kejohanan perlu diuruskan oleh guru pengiring.

11.  Kawasan kolam adalah kawasan larangan (kecuali perenang acara tersebut) semasa acara renang dijalankan.

12.  Kolam kanak-kanak dan papan terjun adalah kawasan larangan sepanjang kejohanan.

No comments:

Post a Comment