Monday, June 17, 2024

Taklimat Persediaan Pendaftaran Kejohanan Akuatik MSSPP 2024

 Tarikh: 24 Jun 2024, 25 Jun 2024

 

Masa: 2 hingga 4 petang

 

Sasaran:

Pengurus pasukan sekolah daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan (24 Jun 2024)

Pengurus pasukan sekolah daerah Timur Laut, Barat Daya (25 Jun 2024)

 

Cara: Secara Hybrid

https://meet.google.com/oju-fttb-fzp (24 Jun 2024)

https://meet.google.com/eow-gehg-ezk (25 Jun 2024)

Tempat fizikal: Dewan Tingkat 9 Bangunan Baru, SMJK Perempuan China Pulau Pinang

 

  1.    Semua bahan yang diperlukan untuk taklimat akan dimuat naik ke https://akuatikmsspp.blogspot.com/ 
  2. Pengurus pasukan digalakkan untuk mencuba aplikasi pendaftaran sebelum menghadiri taklimat.
  3. Pengurus pasukan yang tidak boleh mendapat hasil yang sama seperti dalam blogspot digalakkan untuk menghadiri bengkel secara fizikal.
  4. Pengurus pasukan yang menghadiri bengkel secara fizikal diminta untuk membawa laptop dan extension wire.
  5. Pengurus pasukan digalakkan untuk Kongsi kereta kerana tempat letak kereta yang terhad.
  6. Pengurus pasukan boleh meletakkan kereta di gelanggang bola keranjang.
Bahan-bahan latihan pendaftaran

Wednesday, July 5, 2023

PERHATIAN KEPADA GURU PENGIRING KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

 

Perkara-perkara penting Kejohanan Akuatik MSSPP

1.      KESELAMATAN perenang sepanjang kejohanan adalah di bawah tanggungjawab GURU SEKOLAH MASING-MASING.

2.      Tiada pendaftaran pada setiap awal pagi.

3.      Sijil penyertaan akan diberi dengan syarat perenang menghabiskan jarak renang yang didaftarkan.

4.      Kemenangan dalam sesuatu “time final” tidak bermakna kemenangan dalam acara tersebut.

5.      Kemenanagan dalam satu acara tidak bermakna mendapat tempat perwakilan ke kejohanan MSSM.

6.      Borang pendaftaran untuk acara berganti-ganti (“Relay”) mesti dihantar kepada pihak urusetia sebelum rehat tengah hari setiap hari kecuali acara campuran berganti-ganti (“Mixed relay”)

7.      Borang pendaftaran untuk acara campuran berganti-ganti (“Mixed relay”) mesti dihantar kepada pihak urusetia sebelum 8.30 pagi pada 12 Julai 2023.

8.      Pakaian renang perenang mesti mengikuti peraturan dari World Aquatics (FINA).

9.      Tiada sijil disediakan untuk guru pengiring.

10.  Sebarang rayuan  atau pertanyaan berkaitan kejohanan perlu diuruskan oleh guru pengiring.

11.  Kawasan kolam adalah kawasan larangan (kecuali perenang acara tersebut) semasa acara renang dijalankan.

12.  Kolam kanak-kanak dan papan terjun adalah kawasan larangan sepanjang kejohanan.